




𝐓𝐢𝐧𝐲 𝐓𝐞𝐜𝐡𝐢𝐞𝐬 𝐁𝐨𝐨𝐭𝐜𝐚𝐦𝐩 𝐂𝐨𝐦𝐩𝐞𝐭𝐢𝐭𝐢𝐨𝐧 – 𝐏𝐞𝐫𝐢𝐧𝐠𝐤𝐚𝐭 𝐍𝐞𝐠𝐞𝐫𝐢 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤 𝟐𝟎𝟐𝟓
𝟗 – 𝟏𝟏 𝐒𝐞𝐩𝐭𝐞𝐦𝐛𝐞𝐫 𝟐𝟎𝟐𝟓
𝐔𝐢𝐓𝐌 𝐂𝐚𝐰𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐒𝐚𝐫𝐚𝐰𝐚𝐤, 𝐊𝐚𝐦𝐩𝐮𝐬 𝐊𝐨𝐭𝐚 𝐒𝐚𝐦𝐚𝐫𝐚𝐡𝐚𝐧 𝟏
Syabas dan tahniah diucapkan kepada wakil Nadi Salim Sibu atas pencapaian membanggakan apabila berjaya tersenarai dalam 5 pasukan terbaik NADI yang bertanding dalam Tiny Techies Bootcamp Competition Peringkat Negeri Sarawak! ![]()
![]()
.
Kejohanan ini menyaksikan dua kategori utama dipertandingkan :
Pertandingan Robot Sumo – Pelajar Sekolah Rendah
Pertandingan Inovasi – Pelajar Sekolah Menengah
.
Sebanyak 5 pasukan NADI mengambil bahagian dalam setiap kategori, menunjukkan kreativiti, semangat dan daya saing yang luar biasa.
.
Tahniah khas kepada:
NADI Fort Renee – Juara Kategori Sekolah Menengah
NADI Igan – Juara Kategori Sekolah Rendah
.
Kami di NADI Salim amat berbangga menjadi sebahagian daripada pencapaian ini dan mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang telah berjaya! ![]()
.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak SSO Tiny Techies, tenaga pengajar, guru, rakan-rakan NADI dan semua yang menyumbang secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini.
.
Teruskan menyokong usaha memperkasa pelajar dalam bidang teknologi dan inovasi. Semoga lebih ramai lagi pelajar akan menyertai program-program bermanfaat anjuran NADI!
.