Tele-Konsultasi di NADI: Nasihat Doktor di Hujung Jari Anda! Tiada masa untuk ke klinik? Tiada pengangkutan? Perkhidmatan Tele-konsultasi adalah penyelesaian mudah dan pantas untuk mendapatkan nasihat perubatan yang anda perlukan, terus dari NADI. Siapa yang Sesuai Menggunakan Perkhidmatan Tele-konsultasi? Perkhidmatan ini amat sesuai untuk anda yang: ✅Memerlukan pemeriksaan susulan selepas saringan kesihatan. ✅Mendapat keputusan saringan yang tinggi atau tidak normal dan memerlukan penjelasan lanjut. ✅Keliru dengan laporan ujian darah, imbasan (scan), atau ubat-ubatan yang sedang diambil dan perlukan penerangan yang lebih jelas. ✅Memerlukan nasihat perubatan untuk masalah kesihatan bukan kecemasan. ✅Memerlukan surat rujukan untuk isu kesihatan anda. Jangan tangguh, jaga kesihatan anda bersama NADI! Hubungi petugas di pusat NADI berdekatan anda sekarang untuk membuat temujanji! 📱 Sebarang pertanyaan boleh hubungi petugas NADI SALIM http://wasap.my/601162918486 📍Anda dialu-alukan untuk berjumpa terus dengan petugas NADI SALIM di alamat No.20, Lorong Salim 5A, 96000 Sibu